1.
Peranan Pihak Berkuasa Dan Media Massa
Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus
dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk
mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program
hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang
mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial
semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi.
Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa
pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman
maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat.
Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada
remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak
langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah
mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja
terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu,
peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan
kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Peranan media ini penting dalam
menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang
dilaksanakan kerana masyarakat zaman sekarang lebih terarah kepada media massa
mengikut arus kemodenan.
2. Peranan Ibu Bapa
Dalam menangani masalah ini, ibu bapa amat
memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak
mereka.Anak-anak ibarat kain putih.Ibu bapalah yang mencorakkan mereka.
Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak,
setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin
demi memandu mereka ke arah kebaikan.
Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi
pergaulan anak-anak mereka.Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari
terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada
penzinaan.Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak
mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak langsung akan
memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah
menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan
meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang
ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini
secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak
daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan
boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh
diatasi.
Kerjasama beberapa institusi di bawah JKM
dan NGO yang menyediakan perlindungan dan pencegahan buat remaja yang terlibat
dalam mana-mana salahlaku jenayah sangat diharapkan untuk berganding bahu
mengatasi masalah ini.Taman-taman Seri Puteri sebanyak 4 buah, sebuah Pusat
Penjagaan Sinar Kasih.Taman Seri Puteri menyediakan kemudahan perlindungan dan
pemulihan kepada kanak-kanak perempuan berumur 18 tahun ke bawah yang hamil
atau melahirkan bayi luar nikah.Pusat Jagaan Sinar Kasih pula diwujudkan bagi
wanita luar nikah berusia 18 tahun ke atas yang memerlukan perlindungan dan
penjagaan segera.
Terdapat 55 buah institusi kebajikan, 104 buah pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah dan 53 Klinik Nur Sejahtera di bawah LPPKN yang bersedia
menerima bayi-bayi yang memerlukan perlindungan.Selain daripada itu, JKM juga
menjalin kerjasama dengan pertubuhan sukarela kebajikan bagi membantu
membendung masalah ini. Terkini terdapat 8 buah pertubuhan sukarela kebajikan yang
menerima geran daripada JKM yang menyediakan pusat perlindungan bagi ibu-ibu
muda.
Buat masa kini, JKM dan LPPKN juga mengambil usaha bagi menangani gejala
tersebut melalui tindakan seperti berikut:
(i) menyediakan perkhidmatan kaunseling di
peringkat negeri dan daerah
(ii) melaksanakan bengkel interaktif
melibatkan keluarga dan kanak-kanak
(iii) melaksanakan program pencegahan
(iv) menganjurkan kursus kemahiran
keibubapaan
(v) mewujudkan pusat remaja, seperti Cafe
at Teen.
Kementerian Pelajaran juga telah memperkenalkan program pencegahan
masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT. Pencegahan
program ini antaranya mengetengahkan budaya benci kepada masalah sosial dan
mengamalkan budaya dan norma masyarakat mengikut susur landasan betul tanpa
mengira agama dan bangsa.
3. Penguatkuasaan Undang-Undang
Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) bayi dibuang
ditemui diselamatkan mengikut peruntukan seksyen 17 (1)(e) Akta Kanak-Kanak
2001. Bayi ini dihantar ke Rumah Kanak-kanak sebagai pusat perlindungan dan
pemeliharaan kanak-kanak terbuang.Di bawah undang-undang PDRM, kesalahan
membuang bayi diperuntukkan dalam seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu boleh
dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan denda atau
kedua-duanya.Sekiranya bayi berkenaan mati tambahan kepada peruntukan ini ialah
di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu pesalah mendapat hukuman mati
mandatori.Semua penguatkuasaan ini merupakan salah satu mekanisme sekatan
formal di dalam aspek kawalan sosial.
4. Peranan Masyarakat
Persepsi atau stigma masyarakat mestilah
diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi
sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan
menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan
apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat
perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat
bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku.
Casino Promotions & Coupons - JtmHub
ReplyDeleteWelcome to our Casino Promotions page with a comprehensive list of casino 여주 출장안마 promotions and coupons, including promo codes, Jan 18, 2022New 김천 출장안마 Jersey Online 제주도 출장안마 CasinosMGM Promo 전라북도 출장마사지 Code: PLAYNJFREEJan 17, 2022MGM Promo Code: PLAYNJFREE 화성 출장안마