Definisi pembuangan bayi ini adalah
mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan ‘buang’ membawa maksud
iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.Manakala,
perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu.Justeru,
maksud ‘pembuangan bayi’ pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan
anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat
berperikemanusiaan.Definisi yang diberikan ini mampu memberikan kefahaman yang
lebih jelas lagi tentang masalah pembuangan bayi ini. Tindakan membuang bayi
ini adalah jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya dalam islam. Firman
Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93 :
“ Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin
dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka
jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat
akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”.
Terdapat beberapa ciri-ciri yang bersabit dengan keadaan ini.Menurut
pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan tersasar ini
boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka yang tiada
langsung asas pendidikan dan perasaanterhadap agama.
Kedua pula ialah golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui
hukum-hakam agama, tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan
memilih jalan yang menyeleweng.
Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang
tahu agama, tetapi masih memilih jalan yang tersasar.Kumpulan ketiga ini
walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap dalam diri.Oleh itu, mereka
memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa mengira larangan
agama.
No comments:
Post a Comment