Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat.Tidak
sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Sebagai contoh, di Brunei,
seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian
seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan
bayi berkenaan mati kelemasan manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja
perempuan berumur 19 tahun,Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang
bayinya ke kawasan yang kotor. Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan
penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching,
Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini
ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala
ikan.Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus
daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah.
Masalah sosial yang begitu serius ini telah membuka mata saya untuk
turut sama membantu bagi menyelesaikan isu yang semakin bertambah parah,
terutama untuk mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi di
kalangan remaja di Malaysia bagi mengurangkan kes-kes pembuangan bayi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat
Abdul Jalil turut bekerja keras untuk menangani masalah pembuangan bayi dalam
kalangan remaja ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani
kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini sebagai satu langkah kawal
sedia yang bestari.
Dalam masa yang sama beberapa NGO turut membantu mengenalpasti,
mengumpul data, mendidik dan mengadakan kempen yang berterusan untuk
menyedarkan masyarakat agar bersama-sama menangani masalah pembuangan bayi dan
merangka plan tindakan secara bersama untuk mencegah amalan ini daripada terus
berleluasa dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment