1.
Kesan Kepada Bayi Yang Dilahirkan
Bayi yang dilahirkan oleh remaja yang
terlibat sama ada cukup bulan atau tidak, akan terbiar dan natijahnya terpaksa
dibuang bagi menutup malu atau bimbang ditangkap sehingga mendesak mereka
membunuh bayi atau meninggalkan bayi di tempat yang sunyi. Bayi yang terselamat
akan mengalami banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan
yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah
atau anak haram.
2.
Kesan Kepada Ibu Yang Melahirkan
Ibu yang melahirkan anak berkenaan juga akan mengalami trauma dan
tekanan perasaan kerana terpaksa membuang bayi yang demanding selama sembulan
bulan Sembilan hari sehingga mengalami kemurungan sepanjang hayat. Besar
kemungkinan akan disisihkan masyarakat dan akan menjalani hukuman berat
termasuk penjara atau ditempatkan di pusat pemulihan akhlak. Kesan lain yang
mungkin terjadi ialah risiko untuk menghidap penyakit berjangkit antaranya
ialah AIDS/HIV, Hepatitis B, Siphilis akibat daripada aktiviti seks bebas dan
aktiviti pengguguran yang kerap dilakukan.
3.
Kesan Kepada Keluarga Remaja Perempuan
Masyarakat Malaysia belum dapat menerima
hakikat remaja perempuan atau wanita yang hamil di luar nikah. Mereka akan
terus mencemuh dan menyisihkan keluarga yang melahirkan anak luar nikah
sehingga mereka benar-benar terasing daripada masyarakat. Akibatnya, keluarga
remaja yang hamil di luar nikah memilih untuk menghantar anak mereka ke pusat
pemulihan akhlak dan ramai memilih jalan menggugurkan kandungan di awal
kehamilan.
4. Kesan Kepada Agama
Agama Islam akan dipandan rendah oleh agama lain. Penganut agama lain akan tidak yakin untuk mempelajari
dan mendekati Islam.malah mereka akan meletakkan satu persepsi negatif kepada
agama Islam. Keruntuhan akhlak pada generasi akan datang mungkin akan lebih
meruncing.
5. Kesan Kepada Masyarakat
Semua pihak terutamanya masyarakat itu sendiri harus berganding bahu
untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kerana
masyarakat akan dipandang serong oleh
masyarakat lain. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda,
berpecah-belah dan tidak bersatu-padu,
Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling
curiga-mencurigai akan bertahta di hati wujudnya pergaduhan dalam masyarakat
pasti akan berlaku jika isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini
melibatkan antara dua
6. Kesan Kepada Negara
Kerancakkan ekonomi dan pembangunan negara akan terjejas dan terbantut
disebabkan masalah sosial yang dialami oleh sesuatu negara. Hilangnya seorang
pemimpin negara pada masa depan disebabkan keruntuhan akhlak anak-anak muda
sekarang, yang tidak pandai untuk memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
kerana jatuh dan bangunnya sesebuah negara bergantung kepada akhlak remaja dan
generasi pada waktu sekarang. Negara
juga akan kehilangan generasi masa hadapan dan akan mengalami kerugian yang
sangat besar kerana generasi pada masa kini tidak mempunyai akhlak baik dan
yang diinginkan dan hal ini menyebabkan negara akan kehilangan pemimpin-pemimpin
yang berwibawa untuk mentadbir negara. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari
ini sangat membimbangkan.Budaya kuning dan pengaruh budaya barat mudah meresap
masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Sekiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan
juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang
masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja islam
terutamanya akan rosak dan binasa. Perbelanjaan kerajaan juga akan turut
meningkat akibat peningkatan kadar jenayah. Kerajaan terpaksa menggunakan
belanja yang lebih besar dalam menguruskan remaja-remaja dan bagi mengatasi
remaja yang bermasalah ini.
No comments:
Post a Comment