Tuesday, March 29, 2016

PENDAHULUAN

Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat.Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Sebagai contoh, di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun,Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor. Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah.

    Masalah sosial yang begitu serius ini telah membuka mata saya untuk turut sama membantu bagi menyelesaikan isu yang semakin bertambah parah, terutama untuk mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi di kalangan remaja di Malaysia bagi mengurangkan kes-kes pembuangan bayi.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil turut bekerja keras untuk menangani masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini sebagai satu langkah kawal sedia yang bestari.


     Dalam masa yang sama beberapa NGO turut membantu mengenalpasti, mengumpul data, mendidik dan mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat agar bersama-sama menangani masalah pembuangan bayi dan merangka plan tindakan secara bersama untuk mencegah amalan ini daripada terus berleluasa dalam masyarakat.

DEFINISI

Definisi pembuangan bayi ini adalah mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan ‘buang’ membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.Manakala, perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu.Justeru, maksud ‘pembuangan bayi’ pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.Definisi yang diberikan ini mampu memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi tentang masalah pembuangan bayi ini. Tindakan membuang bayi ini adalah jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya dalam islam. Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93 :
“ Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka  jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”.
    Terdapat beberapa ciri-ciri yang bersabit dengan keadaan ini.Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka yang tiada langsung asas pendidikan dan perasaanterhadap agama.
     Kedua pula ialah golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng.

Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan yang tersasar.Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap dalam diri.Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa mengira larangan agama.

FAKTOR FAKTOR PEMBUANGAN BAYI


Ø  Kekurangan didikan agama

Ø  Pengaruh rakan sebaya

Ø  Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum golongan remaja

Ø  Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru

Ø  Masalah perkahwinan

Ø  Pengabaian kasih sayang

Ø  Keruntuhan institusi keluarga


Ø Kemudahan akses terhadap teknologi canggih

HURAIAN FAKTOR-FAKTOR TERSEBUT

Dalam hal ini kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama antara factor utama kes pembuangan berlaku.Kebiasaannya golongan remaja merupakan golongan yang terlibat dalam kes ini.Inilah kesannya apabila rohani seseorang remaja tidak diisi dengan ajaran agama secara mendalam.Kekurangan didikan agama menyebabkan mereka tiada haluan hidup lalu terlibat dalam gejala negatif antaranya ialah pergaulan bebas dengan menjalankan pergaulan bebas dengan menjalinkan hubungan di luar tabii antara lelaki dan perempuan sehingga menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Seterusnya, remaja tersebut akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah,  tepi longkang dan sebagainya. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang meraka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka.

Selain itu, faktor kedua adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana pada usia muda, remaja amat muda dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka terutamanya apabila bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negative dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif  ini akan mengajak mereka melakukan perkara-perkara yang diluar batasan agama. Norma masyarakat misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan perkara yang merosakkan akidah. Remaja yang terjebak dalam perkara negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menyesal dan tidak menemui jalan penyelesaian apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan terdesak, tanpa berfikir panjang mereka mengambil keputusan membuangkan bayi mereka.

Sehubungan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum golongan remaja yang terlibat juga menyebabkan masalah social ini berlaku.Hal ini kerana apabila seseorang remaja melahirkan anak luar nikah hasil hubungan sulit mereka semestinya masyarakat setempat menghina dan memandang rendah kepada mereka.Selain itu meraka juga danggap menjatuhkan maruah keluarga masing-masing.Demi menjaga maruah diri dan keluarga, remaja tersebut mengambil keputusan mudah dengan membuangkan bayinya di tempat-tempat tertentu untuk mengelakkan daripada dipandang hina oleh masyarakat setempat.Mereka yang terlibat tidak sepatutnya dicemuh dan dijijik sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral daripada perbagai pihak tertentu.

Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau sifat ingin tahu.Sifat ingin tahu tentang sesuatu kelainan memang wujud dalam diri seseorang remaja itu.Kebiasaannya, mereka ini gemar mencuba sesuatu benda yang baru dan menarik. Remaja berfikir bahawa mereka menjadi matang dan lebih dewasa apabila mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain tertutamanya seks rambang. Mereka juga beranggapan pada usia remaja mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Mereka seharusnya berfikiran rasional dan bijak dalam menilai baik dan buruk apabila membuat sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Faktor budaya yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi.Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal syahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih sayang adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat.Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung.Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak.

Disamping itu, pengabaian dalam memberi kasih sayang juga adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakt. Hal ini dapat dilihat di mana, semakin meningkat masalah ini da;am kalangan pekerja-pekkerja kilang terutama remaja yang datang dari kampong. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu bersama, sebagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu untuk bersama anak-anak agar mereka merasakan diri mereka sentiasa disayangi dan dihargai.

         Seterunya ialah keruntuhan intitusi keluarga, keruntuhan intitusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. Pensyarah di akademik Islam, Universiti Malaya, Prof Madya HashimYahya, menyatakan beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masayarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya intitusi kekeluargaan.


Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anak-anak muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang memberahikan nafsu. Pertembungan akan berlaku khususnya bagi remaja kerana kecanggihan teknologi terkini di satu pihak dan pengawakan serta ketahanan diri yang    masih lemah. Ketidakseimbangan ini akan membawa kesan yang negatif. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari semakin memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila syaitan sudah menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa, mulanya hanya naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah pula kes bunuh apabila pihak lelaki tidak mahu bertanggungjawab.

KESAN-KESAN

  1. Kesan Kepada Bayi Yang Dilahirkan

Bayi yang dilahirkan oleh remaja yang terlibat sama ada cukup bulan atau tidak, akan terbiar dan natijahnya terpaksa dibuang bagi menutup malu atau bimbang ditangkap sehingga mendesak mereka membunuh bayi atau meninggalkan bayi di tempat yang sunyi. Bayi yang terselamat akan mengalami banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah atau anak haram.

 2.  Kesan Kepada Ibu Yang Melahirkan

    Ibu yang melahirkan anak berkenaan juga akan mengalami trauma dan tekanan perasaan kerana terpaksa membuang bayi yang demanding selama sembulan bulan Sembilan hari sehingga mengalami kemurungan sepanjang hayat. Besar kemungkinan akan disisihkan masyarakat dan akan menjalani hukuman berat termasuk penjara atau ditempatkan di pusat pemulihan akhlak. Kesan lain yang mungkin terjadi ialah risiko untuk menghidap penyakit berjangkit antaranya ialah AIDS/HIV, Hepatitis B, Siphilis akibat daripada aktiviti seks bebas dan aktiviti pengguguran yang kerap dilakukan.

 3.  Kesan Kepada Keluarga Remaja Perempuan

Masyarakat Malaysia belum dapat menerima hakikat remaja perempuan atau wanita yang hamil di luar nikah. Mereka akan terus mencemuh dan menyisihkan keluarga yang melahirkan anak luar nikah sehingga mereka benar-benar terasing daripada masyarakat. Akibatnya, keluarga remaja yang hamil di luar nikah memilih untuk menghantar anak mereka ke pusat pemulihan akhlak dan ramai memilih jalan menggugurkan kandungan di awal kehamilan.

 4. Kesan Kepada Agama

     Agama Islam akan dipandan rendah oleh agama lain. Penganut  agama lain akan tidak yakin untuk mempelajari dan mendekati Islam.malah mereka akan meletakkan satu persepsi negatif kepada agama Islam. Keruntuhan akhlak pada generasi akan datang mungkin akan lebih meruncing.

 5. Kesan Kepada Masyarakat

     Semua pihak terutamanya masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kerana masyarakat  akan dipandang serong oleh masyarakat lain. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak  bersatu-padu, Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati wujudnya pergaduhan dalam masyarakat pasti akan berlaku jika isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua 

6. Kesan Kepada Negara


     Kerancakkan ekonomi dan pembangunan negara akan terjejas dan terbantut disebabkan masalah sosial yang dialami oleh sesuatu negara. Hilangnya seorang pemimpin negara pada masa depan disebabkan keruntuhan akhlak anak-anak muda sekarang, yang tidak pandai untuk memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana jatuh dan bangunnya sesebuah negara bergantung kepada akhlak remaja dan generasi pada  waktu sekarang. Negara juga akan kehilangan generasi masa hadapan dan akan mengalami kerugian yang sangat besar kerana generasi pada masa kini tidak mempunyai akhlak baik dan yang diinginkan dan hal ini menyebabkan negara akan kehilangan pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.Budaya kuning dan pengaruh budaya barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja islam terutamanya akan rosak dan binasa. Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat peningkatan kadar jenayah. Kerajaan terpaksa menggunakan belanja yang lebih besar dalam menguruskan remaja-remaja dan bagi mengatasi remaja yang bermasalah ini.

PERANAN

1.   Peranan Pihak Berkuasa Dan Media Massa

         Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi.

Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

          Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan kerana masyarakat zaman sekarang lebih terarah kepada media massa mengikut arus kemodenan.

2. Peranan Ibu Bapa

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka.Anak-anak ibarat kain putih.Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan.

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka.Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan.Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.

Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.

Kerjasama beberapa institusi di bawah JKM dan NGO yang menyediakan perlindungan dan pencegahan buat remaja yang terlibat dalam mana-mana salahlaku jenayah sangat diharapkan untuk berganding bahu mengatasi masalah ini.Taman-taman Seri Puteri sebanyak 4 buah, sebuah Pusat Penjagaan Sinar Kasih.Taman Seri Puteri menyediakan kemudahan perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak perempuan berumur 18 tahun ke bawah yang hamil atau melahirkan bayi luar nikah.Pusat Jagaan Sinar Kasih pula diwujudkan bagi wanita luar nikah berusia 18 tahun ke atas yang memerlukan perlindungan dan penjagaan segera.

         Terdapat 55 buah institusi kebajikan, 104 buah pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 53 Klinik Nur Sejahtera di bawah LPPKN yang bersedia menerima bayi-bayi yang memerlukan perlindungan.Selain daripada itu, JKM juga menjalin kerjasama dengan pertubuhan sukarela kebajikan bagi membantu membendung masalah ini. Terkini terdapat 8 buah pertubuhan sukarela kebajikan yang menerima geran daripada JKM yang menyediakan pusat perlindungan bagi ibu-ibu muda.

          Buat masa kini, JKM dan LPPKN juga mengambil usaha bagi menangani gejala tersebut melalui tindakan seperti berikut:

(i) menyediakan perkhidmatan kaunseling di peringkat negeri dan daerah
(ii) melaksanakan bengkel interaktif melibatkan keluarga dan kanak-kanak
(iii) melaksanakan program pencegahan
(iv) menganjurkan kursus kemahiran keibubapaan
(v) mewujudkan pusat remaja, seperti Cafe at Teen.

          Kementerian Pelajaran juga telah memperkenalkan program pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT. Pencegahan program ini antaranya mengetengahkan budaya benci kepada masalah sosial dan mengamalkan budaya dan norma masyarakat mengikut susur landasan betul tanpa mengira agama dan bangsa.


3. Penguatkuasaan Undang-Undang

    Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) bayi dibuang ditemui diselamatkan mengikut peruntukan seksyen 17 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001. Bayi ini dihantar ke Rumah Kanak-kanak sebagai pusat perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak terbuang.Di bawah undang-undang PDRM, kesalahan membuang bayi diperuntukkan dalam seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya.Sekiranya bayi berkenaan mati tambahan kepada peruntukan ini ialah di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu pesalah mendapat hukuman mati mandatori.Semua penguatkuasaan ini merupakan salah satu mekanisme sekatan formal di dalam aspek kawalan sosial.


4. Peranan Masyarakat


Persepsi atau stigma masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku.

PENUTUP

       Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius.Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan kesandaripada perbuatan tidak bermoral itu.Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. 

      Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjukajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi.Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah.

       Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.



Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendunggejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi keluargaperlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku
.Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendunggejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi keluargaperlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.